Tuesday, December 3, 2013

Jom Kita Try Nasi Arab..


 Kat Malaysia nie Alhamdulillah makanannya melimpah ruah..pelbagai jenis dan selera..saya rasa la kan kat sini jual makanan apa pun tentu laku..tengok jer pelbagai jenis cuisine yang boleh kita dapatkan..dari masakan Melayu,Indonesia,Cina,India,Jepun dan macam2 lagi laa..hari nie saya nak berkongsi salah satu restoran makanan Arab yang agak famous gak la.. Restoran Wadi Hadramawt...rasanya di Kuala Lumpur restoran nie ada dua cawangan satunya di Jalan Raja Chulan dan satu lagi branch di Jalan Ampang..yang sempat saya kunjungi adalah branch Jalan Ampang...


Restoran nie antara restoran makanan arab yang terkenal di Kuala Lumpur. Kalau waktu peak cam waktu lunch memang tempat nie akan crowded dengan pelanggan. So saya sempat makan malam kat sini hari tu..Nasib agak baik kerana saya berkunjung ke sini di luar waktu sibuk atau hari cuti umum..jadi keadaannya tak lah sesak sangat...

Dapat dilihat dengan jelas nama restoran ini dari jalanraya

lampu hiasan di pintu masuk

Melangkah masuk ke bahagian dalam maka terlihat susun atur restoran yang kemas dan dilengkapi hiasan timur tengah..memang selesa..
Ni kalau tak salah jambiah..senjata orang2 Yemen

Lampu hiasan yang cantik banyak tergantung di dalam restoran nie

Susun atur meja makan yang kemas dan teratur



Memang nampak menarik..simple tapi selesa.. Dari nama kedainya pun kita tentu dapat mengagak hidangan yang disediakan adalah hidangan Arab dan juga Yemen..harga makanan di dini agak berpatutan..jika dikira dari saiz sajian,bahan,kecepatan kita dihidang serta paling penting kesedapannya..tapi untuk orang cam saya ni harga tersebut memang agak mahal laa...hehehe...




Selalunya apabila makan di restoran makanan timur tengah seperti nie saya akan makan Nasi Mandy..dan pilihan saya selalunya pasti Mandy Kambing..tapi hari di Hadramawt nie saya ingin mencuba Lamb Hanneeth..

Lamb Hanneeth

 Rasa lamb Hanneeth nie mungkin tak jauh beza dengan Lamb Mandy cuma daging kambingnya dimasak di dalam aluminium foil..jadi jus daging itu mereneh kembali di dalam...daging kambingnya sangatlah lembut dan berjus...

Lamb Madghout

Yang nie pula Lamb Madghout..ini saiz 1/2kg..memang nasinya lembut dan sedap..ditambah ia dimasak bersama2 daging kambing sekali..kalau saiz nie 3 orang makan pun boleh sampai kenyang tau...terbaik....

Mix Grilled Wadi Hadramawt

Yang nie pula Mix Grilled Wadi Hadramawt...ada kambing..ayam..udang..sayuran..french fries dan disertakan dengan roti yang macam roti canai tu..sebenarnya order yang nie pun rasanya da cukup kenyang...hahaha..





Untuk minuman saya mencuba lemon and mint..kawan saya mango yogourt dan barbican..

Jadi nanti sape2 yang ada lalu ikut situ leh cuba makan kat Wadi Hadramawt nie k... :)

Friday, November 29, 2013

Laksa Mee.....Cuma di Pangkor dan Pantai Remis

 
Kali nie nak cerita tentang makanan yang sangat special sikit...kalau sebut jer laksa atau mee memang semua orang tau benda apa tu..dengan pelbagai resepi serta cara masakan...tapi bila tanya tentang Laksa Mee pasti orang akan tertanya apa kebenda pulak tu...hehee..

Sebenarnya laksa mee nie sejenis mee kering yang perlu dicelur sebelum dihidangkan..yang menariknya hidangan mee ini cuma ada di sesetengah kawasan Perak Tengah..secara tepatnya kawasan Pangkor dan Pantai Remis..bentuknya mungkin hampir sama dengan mee sanggol yang selalu orang buat goreng tu..tapi rasanya sangat berbeza..huhuhu






























Terdapat dua jenis laksa mee putih dan juga kuning..penyediaan keduanya sama jer yakni mee itu perlu dicelur dulu supaya kembang dan tak keras..kemudiannya ia akan dimakan dengan sambal special untuk laksa mee nie yang dibuat dari cili giling,udang kering,garam dan gula serta beberapa bahan lagi yang membuatkan ia menjadi lebih power...hehehe...

Contoh sambal Laksa Mee

Dulu-dulu waktu saya kecik masih ada Laksa Mee tradisional yang dibungkus dalam daun pisang..masa tu harganya pun murah jer sekitar 20sen atau 30sen..sekarang? Rasanya takde dah kot harga cam tu....

Laksa Mee Tradisional


Itu adalah cara tradisional dan mudah Laksa Mee dihidangkan..tapi ada juga orang yang suka ia disertakan dengan sup makanan laut seperti ketam,udang atau ikan yang mudah didapati di sini...jadi ikut selera anda lah camne rasa sedap oke...kalau saya sendiri saya lebih menggemari laksa mee kuning bersama sup seafood yang dilengkapkan sambal special pedas...yummmm2..




 
Jadi kepada mereka yang berkesempatan berkunjung ke Pulau Pangkor atau Pantai Remis jangan lupa mencuba makanan yang best nie k..........