Kali nie nak cerita tentang makanan yang sangat special sikit...kalau sebut jer laksa atau mee memang semua orang tau benda apa tu..dengan pelbagai resepi serta cara masakan...tapi bila tanya tentang Laksa Mee pasti orang akan tertanya apa kebenda pulak tu...hehee..
Sebenarnya laksa mee nie sejenis mee kering yang perlu dicelur sebelum dihidangkan..yang menariknya hidangan mee ini cuma ada di sesetengah kawasan Perak Tengah..secara tepatnya kawasan Pangkor dan Pantai Remis..bentuknya mungkin hampir sama dengan mee sanggol yang selalu orang buat goreng tu..tapi rasanya sangat berbeza..huhuhu

Terdapat dua jenis laksa mee putih dan juga kuning..penyediaan keduanya sama jer yakni mee itu perlu dicelur dulu supaya kembang dan tak keras..kemudiannya ia akan dimakan dengan sambal special untuk laksa mee nie yang dibuat dari cili giling,udang kering,garam dan gula serta beberapa bahan lagi yang membuatkan ia menjadi lebih power...hehehe...
![]() |
| Contoh sambal Laksa Mee |
Dulu-dulu waktu saya kecik masih ada Laksa Mee tradisional yang dibungkus dalam daun pisang..masa tu harganya pun murah jer sekitar 20sen atau 30sen..sekarang? Rasanya takde dah kot harga cam tu....
| Laksa Mee Tradisional |
Itu adalah cara tradisional dan mudah Laksa Mee dihidangkan..tapi ada juga orang yang suka ia disertakan dengan sup makanan laut seperti ketam,udang atau ikan yang mudah didapati di sini...jadi ikut selera anda lah camne rasa sedap oke...kalau saya sendiri saya lebih menggemari laksa mee kuning bersama sup seafood yang dilengkapkan sambal special pedas...yummmm2..
Jadi kepada mereka yang berkesempatan berkunjung ke Pulau Pangkor atau Pantai Remis jangan lupa mencuba makanan yang best nie k..........


